Mencipta Lebih Banyak Traffik untuk stor Lelong.my dengan pilihan penghantar percuma.




Anda perlu menjadi lebih berani apabila menceburi jualan online. Kami telah bincangkannya  semasa kami memulakan syarikat ini.


Bagaimana seseorang mampu meraikan jualan jika setiap orang menjual barang yang sama di pasaran digital?


Di sinilah di mana yang kuat sahaja yang bertahan. Jika anda masih menjual hari ini anda adalah sebahagian daripada mereka. Jika anda tidak, jangan bimbang. 


Mari kita mulakan, kami akan mengadakan promosi kepada barangan kami di mana kami akan menyediakan beberapa kupon untuk penghantaran percuma. Di sini kami akan memberi garis panduan bagaimana anda boleh memasukan penghantaran percuma pada Lelong untuk menarik labih banyak minat pembeli. Pertama sekali, pilih barang pilihan yang anda ingin masukkan ke dalam penghantaran percuma.  Sebagai contoh, kami memilih kategori fesyen sebagai  pilihan untuk penghantaran percuma. 


Pilih barangan fesyen yang anda mahu untuk penghantaran percuma. Anda perlu mengubah senarai ini ke produk ‘Free Shipping’.





Ini adalah hasilnya




Bagaimanakah kami dapat "Free Shipping" seperti ini? Berikut adalah panduan.


1) Pertama sekali, log masuk ke dalam akaun anda dan pilih produk. Klik butang ‘Edit’ untuk mengedit.




2) Skroll ke bawah hingga menemui  bahagian shipping/payment dan laraskan ‘Who Pays’. Seperti contoh di bawah





3) Simpan produk tersebut. Dalam senarai anda perlu ada seperti yang di tunjukkan di dalam gambar.




4) Teruskan mengulangi langkah yang sama untuk barangan yang lain.



Sekarang semua orang mampu melakukannya.


Tetapi masih bertanyakan soalan, bagaimana seseorang mampu untuk mengedit jika semua orang menjual barangan yang sama di pasaran digital?


Sekarang semua orang mampu untuk meletakkannya di laman mereka bukan? SALAH! Seseorang itu tidak akan mengedit keseluruhan gambar. Ia di panggil ‘malas’ atau tidak ‘mempunya masa yang cukup’. Sekarang tiada jaminan bahawa anda akan berjaya dengan melakukannya tetapi kami percaya kejayaan dibina dengan meletakkan asas yang kukuh secara konsisten. Oleh itu, rancang hari anda dengan mengedit 1 hingga 5 produk dan mungkin lebih banyak pada hujung minggu. 


Jika semua orang melakukan perkara yang sama tidak bermaksud anda perlu mencipta kaedah baru dan berharap ianya berhasil. TIDAK! Anda melakukan perkara yang sama tetapi lebih baik. 


Seseorang memasukan butang ‘Penghantaran Percuma’ dalam senarai produk mereka? Bagus! Anda boleh letakkan nama produk anda  "[FREE SHIPPING] LONG SLEAVE ROUND NECK MALE PULLOVER SWEATER" itu adalah perkara pertama yang akan pelanggan lihat. Sudah anda lakukan? Sudahkah anda mengedit atau mengemas kini gambar utama produk anda yang mempunyai butang penghantaran percuma? Belum? Tunggu apa lagi?


Gunakan apa-apa perisian online percuma dan tetapkan daripada senarai lain. Berikut adalah contoh imej yang diedit pada barangan yang sama. 





Mudah bukan?  Senarai anda hendaklah muncul seperti sekarang. 





Perbezaannya adalah hanya menambah perkataan ‘Free Shipping’. Menambah dan mengedit adalah apa yang diperlukan. Selagi ianya tidak menjejaskan imej produk itu sendiri dan orang ramai masih boleh mengenali imej tersebut.  Ini adalah cara yang mudah untuk anda mengemas kini stor anda berbeza dari yang lain. 


Ianya tidak mengambil masa dan kami tidak menipu anda. Dengan sumber-sumber percuma yang sudah tersedia anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp atau E-mel yang telah dimaklumkan, apa yang anda perlu lakukan adalah meluangkan sedikit masa untuk anda menonjol.


Mudah bukan? Sudahkah anda dapatkan API Lelong Webstore? Hubungi +6019 331 0990 untuk mengetahui pengaktifan API anda atau E-mel kami di [email protected]