Membeli menggunakan peranti telefon pintar, masa depan E-Dagangan?


Imej adalah dari techinasia.com


Secara ringkasnya, hari jualan yang di anjurkan oleh Alibaba memberi kesan yng besar kepada E-Dagangan industri. Ianya kejayaan yang hebat ole Jack Ma dan Co dalam mejadikan acara yang dipanggil ‘Single Day’ sebagai acara jualan yang terbesar di dunia dan telah mengalahkan ‘Black Friday’ dan ‘Cyber Monday’.



Tepat pada tengah malam, Alibaba mengumumkan jumlah jualan ‘Single Day’ telah mencapai $ 17.7 US bilion. Jauh melepasi jualan $ 14.3 US bilion tahun lepas.




Kami tahu, reaksi kami juga sama seperti anda. Ia juga memberitahu bahawa 82% jualan datang dari peranti mudah alih berbanding 67% pada tahun 2015. Kira-kira $ 14.6 US billion daraipada jumlah jualannya. 


Persoalannya sekarang adalah adakah M-Dagangan adalah untuk masa depan?


Anggaplah setiap orang di Malaysia memiliki telefon pintar dan meluangkan masa sebanyak 8 hingga 12  jam sehari. Ini adalah anggapan. Populasi semasa di Malaysia adalah 29 juta orang. Traffik setiap hari untuk online adalah 2 kali ganda. Pasaran online mempunyai peralihan sendiri untuk menyasarkan pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi ini. Walau bagaimanapun, dengan fungsi yang sangat terhad dan pengalaman pengguna yang sangat berbeza daripada menggunakan PC dan computer riba kami masih belum mempunyai peralihan yang lancar utuk menggunakan telefon pintar untuk membeli belah.


Tetapi dengan adanya aplikasi baru yang sedia ada untuk digunakan dengan pengalaman yang hebat untuk kedua-dua pihak pembeli dan penjual, kami perlahan-lahan untuk menuju ke zaman yang baru. Terdapat banyak contoh di mana ramai orang masih tidak menggunakan aplikasi mudah alih untuk berniaga sebaliknya masih menggunakan media sosial untuk berniaga. Tiada kebaikkan dan keburukkan dalam memilih platform untuk menjual barangan anda. Lebih banyak, lebih baik. Dengan risiko keselamatan dan penipuan yang sentiasa berlaku di negara kita, kami lebih suka menggunakan cara yang lebih selamat untuk menjual barangan yang menyediakan Escrow Payment yang biasanya berlaku dalam aplikasi telefon pintar. 


Apakah Escrow Payment?

Ia adalah prosedur pemindahan bayaran daripada pasaran online terpilih. Sebaik sahaja pembeli anda membeli barangan daripada anda, mereka terlebih dahulu telah membuat pembayaran di tempat pasaran tersebut. Kemudian anda akan dimaklumkan bahawa pembelian telah di buat dan anda akan menghantar segera kepada pembeli anda. Sebaik sahaja pembeli menerima barangan, mereka akan mengesahkan dengan tempat pasaran bahawa barangan telah diterima. Anda juga akan mendapat makluman bahawa barangan telah diterima. Hanya dengan itu jumlah yang dibayarkan oleh pembeli akan dikeluarkan kepada akaun bank anda.


Baca dengan lebih lanjut tentang Escrow Payment (DISINI)


Ini adalah contoh aplikasi telefon pintar yang boleh menggunakan sistem ini



          


Terdapat kelebihan dan kekurangan dalam menggunakan aplikasi telefon pintar ini bagi penjual, memuat naik barangan dan mengisi alamat pembeli adalah kerja yang dianggap rumit. Tetapi lebih mudah menggunakan desktop untuk memuat naik dan menggunakan ciri muat naik secara pukal untuk produk anda. Mudah dan menjimatkan masa.