Hi,

Anda mungkin sedar tentang Program Referral kami baru-baru ini dan tertanya-tanya ‘Apa perlu saya lakukan?’ Jangan risau, kami disini untuk membantu anda. Berikut ialah senarai bagaimana anda boleh merujukkan rakan anda kepada kami. 


1. Pergi dan klik ke nama pengguna anda dan pilih Referral.




2. Anda akan dihubungkan ke laman ini. Ini adalah panel kawalan akaun referral anda. Di sini anda boleh lihat semua status semasa rujukan anda dan rujukan anda yang berjaya.





3. Jika anda menpunyai akaun Gmail, kami cadangkan anda untuk klik butang Gmail bagi mengimport kenalan yang sedia ada di akaun Gmail anda dan ikut arahan yang disediakan.




4. Klik butang ‘Allow’ untuk teruskan.







5. Anda akan dihubungkan ke laman ini. Anda boleh memilih untuk tidak menghadkan bilangan kenalan anda. Lebih banyak anda jemput, lebih tinggi peluang untuk mereka mendaftar. Klik butang ‘Invite’ yang berwarna kuning.





6. Terdapat cara alternatif untuk anda membuat jemputan tanpa menggunakan akaun gmail atau akaun lain. Anda boleh menyalin pautan khas yang disediakan seperti yang ditunjuk di dalam gambar (Setiap pautan hanya disambungkan kepada hanya satu (1) akaun) atau anda boleh menjemput mereka dengan memasukkan alamat e-mel mereka.





Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Mudah bukan? Apa tunggu lagi? Dapatkan kredit percuma hari ini!




* Sila ambil perhatian. Anda boleh menghubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami melalui e-mel di [email protected] atau WhatsApp kami di +6019 331 0990. Waktu operasi kami adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat sahaja. Kami ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.