Mengembangkan Jualan Anda ke M- Daganngan




Menjual online merupakan tren pasaran selama lebih satu dekad di Malaysia. Walaupun ianya telah memulakan dan memperkenalkan PC dan Laptop untuk membeli-belah, generasi baharu sedang mencari telefon bimbit untuk berbelanja. Untuk menaik taraf dan menginovatif ciri-ciri daripada telefon pintar telah berkembang pesat dan memudahkan generasi baru untuk mengekses maklumat baru dari seluruh dunia. Kebanyakkan daripada mereka mengabiskan lebih kurang 30 jam seminggu pada telefon pintar mereka.


Mari kita lihat salah satu aplikasi pembelian melalui telefon pintar yang terbaru dan berkembang di Malaysia iaitu Shopee. Shopee telah berada di Malaysia selama kurang daripada 1 tahun dan sekarang telah berkembang menjadi daya yang ketara dalam industri Mobile Shopping. Ciri-ciri dan integrasi penghantaran mereka kepada syarikat logistic yang dipilih telah menjadikan pengalaman membeli dan menjual pelanggan mereka lebih mudah. Jika anda belum menyertai di M-Dagangan, kami cadangankan untuk anda menyertainya segera.



Di sini kami mempunyai 4 tip bagaimana untuk menjual di M-Dagangan dengan baik.


1) Sentiasa berkomunikasi (ABC – Always be Communicating)




Ini adalah salah satu ciri terbaik yang anda boleh jadi sebagai senjata. Ia menawarkan anda peluang untuk berhubung dengan pelanggan anda secara langsung. Mengapa? Berkomunikasi dengan pelanggan anda adalah senarai tip nombor satu kami dan kebanyakkan penjual mempunyai kekurangan dalam bidang ini. Ramai yang telah melalui isu tertentu (isu buruk) daripada masa lampau mereka dan menyebabkan mereka membuat keputusan untuk tidak membeli barangan lagi. Jadikan dia sebagai habit untuk selalu membalas pertanyaan pelanggan anda tepat pada waktunya dengan mengucapkan salam seperti ‘Hi’, ‘Hello’, dan ‘Terima Kasih’.


2) Sentiasa Mengemaskini (ABU – Always Be Updating)



Anda menggunakan platform dropship atau kami menganggap anda menggunaknnya, akan ada barangan yang akan terjual. Pastikan anda sentiasa menjejak kuantiti barangan anda untuk mengurangkan aduan atau menambah beberapa gambar - barangan adalah terhad, sila hubungi kami sebelum melakukan pesanan anda untuk memastikan stok barangan masih ada. Dengan cara ini, anda boleh mempunyai kawalan yang baik berkaitan dengan kuantiti stok anda dan dalam masa yang sama anda boleh berkomunikasi dengan pelaggan anda.


3) Menjadi rakan baik dengan pengurus kategori anda. (BFF w/ CM)



Ia adalah lelaki atau perempuan yang bertanggungjawab menjaga kategori jualan anda. Mereka adalah orang yang akan memilih beberapa orang yang akan mempromosikan anda di dalam M-Dagangan. Layan merekan sebagai kawan dan bertanyakan mereka nasihat bagaimana cara untuk tonjolkan stor anda. Mereka juga adalah orang yang mempunyai kuasa untuk memberi anda tempat atau tapak dalam kempen terbaru mereka.  Daftarlah supaya anda mempunyai stok yang cukup untuk permulaan sebelum mempromosikan produk tertentu. 



4)Gunakan Media Sosial. (USM – Using Social Media)



Anda bersaing dengan ribuan penjual. Anda perlu menonjol daripada penjual lain. Apa cara yang lebih baik untuk menonjol menggunakan Media Sosial. Sudahkah anda mencipta Laman Facebook atau akaun Instagram? Sudahkah anda cuba menggunakan Facebook atau perkhidmatan pengiklanan Google? Terdapat banyak cara untuk menggunakan tip ini. Ada juga yang menggunakan WeChat dan WhatApp untuk menyampaikan promosi mereka. Guna sepenuhnya apa yang ditawarkan oleh media sosial. 


Ini adalah 4 tip mudah yang anda boleh gunakan untuk membantu anda meningkatkan pengalaman dalam platform M-Dagangan anda. Harap maklum bahawa tidak semua tip ini akan berfungsi 100% untuk kepentingan anda. Ini adalah pendapat peribadi penulis bagaimana cara mereka mempromosikan diri mereka di platform ini. Mereka hanya berkongsi cerita mereka dan tip tentang apa yang boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih ini. Anda digalakkan untuk mencuba dan melihat apa yang anda boleh capai. Siapa tahu? Kami mungkin akan bertanya tentang kejayaan anda pula nanti.