5 sebab mengapa perlu terus memeriksa inventori




Anda adalah usahawan. Kumoten menyediakan platform untuk memberi inspirasi dan idea kepada usahawan untuk memulakan perniagaan online sendiri tanpa perlu untuk mnyimpan stok dan hanya fokus pada jualan. Banyak yang telah menemui kejayaan dengan menggunakan platform ini dan sebahagiannya tidak. Tetapi tidak mengapa kerana setiap orang mempunyai haluan yang berbeza. Teruskan berada di jalan anda dan semuanya akan menjadi lebih baik dan boleh dicapai. Tetapi sebelum anda sampai ke tahap itu, terdapat beberapa bidang yang perlu anda kuasai. Misalnya mengambil kira stok atau invetori. Ia adalah tugas yang membosan untuk dilakukan dan mengambil masa berjam-jam atau berhari-hari untuk menyiapkannya. Berikut adalah sebab mengapa anda perlu mengira stok anda. 


1) Kemas kini sistem stok sync anda hanya selang sejam.


*Courtesy of imgflip.com


Jika anda adalah salah seorang ejen dropship tegar kami, anda tentu akan meraih peluang untuk membolehkan sistem sync lebih mudah dengan Lelong.my dan 11street. Kami akan mengemas kini sistem kami apabila barang tertentu kehabisan stok tetapi ia hanya akan muncul di dalam sistem anda selapas satu jam kami mengemas kini. Oleh itu kami memberi cadangan untuk menyemak barangan harian yang laris dan tandakan barangan anda yang telah habis dijual atau pre-order secepat mungkin. 



2) Kosongkan inventori anda.


*Courtesy of imgflip.com


Anda perlu sentiasa sync barangan anda ke tempat pasaran anda dan apa yang akan berlaku? Anda akan berakhir dengan 80% barangan boleh jual, 10% barangan yang laris dijual dan 10% tidak berganjak. Bila kami mengatakan tidak berganjak, ia bermaksud barangan tersebut hanya mempunyai 1 atau 2 jualan saja pada 1 bulan. Keluarkan barangan yang tidak dapat dijual dan tinggalkan lebih banyak ruang untuk menjual barangan lain. 



3) Cipta lebih banyak peluang jualan. 


*Courtesy of google.com


Adakah kuali terjual lebih dari 10 unit seminggu? Apa kata menambah lebih ciri-ciri dalam produk anda seperti memasukkan spatula dan menambah nilai harga sebanyak RM5.00. Ianya dapat menambah pendapatan dan jualan anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menambah barangan ke dalam gambar utama, itu sahaja. 


4) Lebih fokus 


*Courtesy of google.com


Apabila kami katakan fokus, pastikan kategori anda dalam keadaan teratur. Jam pintar katogeri lebih berkesan? Mungkin ini masanya untuk menambah dan muat naik produk anda. Keluarkan barangan yang tidak boleh dijual dan tidak berganjak. Fokus pada 1 atau 3 kategori. Ia lebih mudah untuk menjejak stok anda dan mengurangkan produk pada tempat jualan anda.


5) Promosi 



Semua orang ketahui bahawa kami mempunyai barangan istimewa pada setiap bulan. Kebanyakkan daripada ejen dropship kami mempunyai kelebihan. Siapa yang tidak suka penghantaran secara percuma? Apakah barangan yang mempunyai promosi istimewa pada bulan ini? (KLIK DISINI)


Itu sahaja! Sangat mudah bukan?


Mengapa sekarang baru kami menyebut tentang kepentingan menyemak stok anda? Sudah pasti anda menpunyai sistem sync ke stor 11street dan Lelong.my  dan ia akan menyemak stok untuk anda. Sebab disebaliknya adalah untuk membiasakan anda dengan Kumoten Dropship Hypermart. Anda telah membeli dan menjual barangan dari kami untuk dihantarkan kepada pelanggan anda. Anda mungkin pernah mengalami situasi ini di mana barangan boleh dipesan melalui online tetapi apabila anda datang ke laman web kami barangan tersebut kehabisan stok. Anda adalah  satu daripada ribuan penjual online kami yang ber saing untuk mendapatkan barangan tertentu. Peluang untuk ejen dropship yang lain untuk membeli barangan yang sama adalah tinggi. Ambil perhatian bahawa sistem sync mempunyai kelewatan untuk mengemas kini setiap 1 jam. Kami juga sedang menaik taraf sistem ini. 


Jualan telah dilakukan tetapi anda telah kehabisan stok, apakah yang saya boleh lakukan?

Bertenang. Pasukan kami ada untuk membantu anda. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk menghubungi pasukan sokongan kami melalui Whatsapp dari 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat atau E-mel ke [email protected] selepas waktu operasi dan kami cuba mencari stok berkenaan. Jika tiada lagi sebarang stok, tawarkan barangan alternatif atau barangan lain kepada pelanggan anda. (harga bergantung pada barangan baru). Hubungi kami untuk bantuan tentang barang jualan anda. Klik gambar di bawah untuk menghubungi kami melalui Whatsapp.