Menyerlah daripada penjual lain dengan menggunakan 3 tip mengedit imej



Imej memainkan peranan yang besar untuk menyakinkan pelanggan anda untuk membuat pembelian daripada anda. Ia mengambil masa untuk mengedit dan mengemas kini setiap barangan anda untuk memenuhi keperluan jadi kami menasihatkan anda supaya selalu memilih 10 barangan yang mempunyai jualan yang perlahan dengan itu ia mungkin boleh menojolkan produk tersebut dan memberi hasil kepada anda.  


Untuk barangan tertentu, kami akan menggunakan PERISIAN ONLINE PERCUMA yang dipanggil PicMonkey. Anda tidak perlu untuk muat turun. 


Lihat di sini untuk mula: (http://www.picmonkey.com)


Sila biasakan diri anda dengan laman web ini sebelum teruskan membaca. Kami hanya menyediakan tip dan bukannya cara untuk menggunakan laman web ini.


PicMonkey adalah perisian online percuma yang anda boleh digunakan untuk mengubah imej. Anda boleh menggunakan perisian ini untuk permulaan. 


Tip 1: Menambah "Border"


Perkara pertama yang akan anda lihat ialah edit dengan cara yang mudah untuk membuat imej anda menonjol. Anda tidak perlu menggunakan PicMonkey untuk ini. Anda boleh menggunakan "Paint" atau mana-mana perisian lain yang anda ada. Tetapi untuk ini, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana jika "edit" mengunakan PicMonkey.


Anda sepatutnya telah memuat turun semua produk imej. Pilih satu dan muat naik ke dalam sistem.



Klik butang "Border" dan pilih jenis "Border" yang anda mahu pada imej anda. Imej siap seperti di bawah




Sangat mudah! dan berkesan! Masih tidak cukup meyakinkan? Mari cuba cara lain pula.


Tip #2: Menambah lambang ‘Guarantee’


Cara lain untuk membuat imej produk anda lebih menonjol adalah menggunakan lambang di dalam gambar anda untuk mempromosikan maklumat seperti ‘Free Shipping’, Trusted Seller’ atau ‘100% Customer Satisfaction’.

Contoh:



Berikut adalah cara bagaimana untuk menambahnya ke dalam foto anda




Seterusnya letak imej dengan menggunakan butang Overlay. Klik butang 'Tambah sendiri' dan "Muat Naik" lencana pilihan anda. Nota: Hanya satu lencana per muat naik. Susun lencana dengan apa yang penting dahulu di bahagian atas. Jadikannya kelihatan "kemas" dan "teratur".





Tip #3: Tambah diskaun



Dan kaedah terakhir, kami tidak mengesyorkan melakukan ini sepanjang masa tetapi hanya dalam tempoh tertentu. Tempoh tertentu yang kami nyatakan adalah peristiwa atau kempen jualan yang berlangsung selama 1 hingga 2 minggu maksimum. Mempunyai ini di laman web anda mungkin dapat memperoleh jualan anda tetapi kami tidak dapat menjamin berapa lama.


Tetapi ia memberi anda peningkatan tambahan semasa acara jualan atau kempen. Jadi, cubalah kaedah ini dan beritahu kami bagaimana ia berfungsi untuk anda.


Muat turun ‘Dog Tag’ dengan warna animasi. Kenapa ‘Dog Tag’? Kerana ianya cukup untuk masuk ke dalam produk anda anda akan dapat memasukkan diskaun pada produk anda sendiri. Kadang kala sukar untuk menemui  tag diskaun yang kita mahukan di Google. Contohnya adalah seperti dibawah:-





Seterusnya masukkan Tag dalam produk anda dan masukkan jumlah yang anda ingin diskaun. Seperti berikut:




Kesimpulannya, cuba sebanyak mungkin kaedah yang anda boleh gunakan. Cuma anda perlu ingat bahawa barangan yang anda tonjolkan mempunyai peluang yang tinggi untuk menarik perhatian pelanggan. Di dalam pasaran online, menarik perhatian pelanggan dapat meningkatkan traffik dan komunikasi. Cuba dan uji sebanyak mungkin yang anda mampu. Padam apa yang tidak berhasil dan tingkatkan perhatian pada apa yang anda lakukan.