Menjadi Kumoten Dropshipper
Kumoten Dropshipping?
Siapakah yang merupakan Kumoten Dropshipper?
Kumoten Dropshipper atau Penjual semula merupakan individu atau syarikat yang memilih produk dari katalog Kumoten dan menjual barangan tersebut secara dalam talian. Dropshippers TIDAK PERLU membeli produk dari Kumoten terlebih dahulu sebagai stok. Sebaliknya, dropshippers hanya perlu “SYNC” produk ke marketplace (Lazada, Shopee, Lelong.my atau 11street) atau "copy" dan "paste" gambar-gambar produk dan deskripsi produk di stor dalam talian mereka dan mula mempromosikannya mengikut strategi jualan tersendiri.
Untuk maklumat lanjut mengenai “SYNC” atau dropshipping mudah dari Kumoten ke marketplace terpilih anda boleh rujuk link dibawah :
Dimanakah Dropshipper Kumoten boleh menjual?
Terdapat banyak cara Dropshipper Kumoten boleh mempromosikan produk yang diperoleh daripada Katalog Kumoten. Berikut adalah beberapa saluran yang lazim digunakan :
1. Media sosial
2. E-dagang atau laman membeli-belah dalam talian seperti Lazada, Shopee, Lelong.my, 11street dan lain-lain.
3. Blog anda sendiri
4. Web stor anda sendiri
Apa yang Dropshipper perlu lakukan?
Selepas anda membuat keputusan memilih produk yang ingin anda jual dari katalog Kumoten dan anda sudah “Sync” atau memuat naik gambar dan deskripsi produk tersebut di online stor anda secara manual, anda sudah boleh membuat jualan dan dapatkan orang ramai untuk membeli daripada anda. Apabila ada pelanggan membuat pembelian, kepada dropshipper Kumoten yang “Sync” dari Kumoten ke marketplace, order tersebut akan masuk secara auto ke akaun Kumoten mereka, manakala kepada dropshipper yang muatnaik secara manual, anda hanya perlu log masuk akaun Kumoten dan membuat pembelian dengan harga dropship serta memasukkan maklumat penghantaran. Kumoten akan menguruskan pembungkusan dan membuat penghantaran terus ke pelanggan anda.