Tahniah kerana menjadi salah seorang ejen 'dropshipping' kami!

Anda sekarang semakin hampir untuk menjadi salah satu daripada era baru penjual dalam talian.


Mari kita mulakan. Pastikan anda telah mengaktifkan akaun anda melalui e-mel pengesahan yang kami hantar kepada anda (sekiranya anda tidak menerima sebarang e-mel daripada kami, sila semak sama ada di fail 'Spam' atau 'Junk Email' anda)


Langkah 1 :

Log masuk ke Kumoten Dropshipper dan klik 'Dropshipper Login'




Ini adalah papan pemuka anda, disini adalah di mana semua maklumat berkenaan jualan dan kredit ditunjukkan.





Langkah 2 :

Pergi ke katalog dan klik 'Products'. Kini kami mempunyai kira-kira 5000 produk didalam sistem kami. Pilih produk untuk melihat deskripsi yang lengkap berkenaan produk tersebut.





Langkah 3 :

Salin semua penerangan dan imej produk yang telah anda pilih. Dimaklumkan bahawa 'Dropship Price' adalah harga kami kepada anda. 'Retail Price' adalah harga jualan minimum yang anda jual kepada pelanggan anda.


Langkah 4 :

Anda boleh memilih untuk menjual dimana-mana platform utama jualan dalam talian. Contohnya seperti : EBay, Amazon, 11Street, Mudah, Shopee atau Lelong



Langkah 5 :

Hanya apabila anda mempunyai jualan, barulh anda membuat tambah nilai di akaun anda. Kami hanya melakukan transaksi dalam talian dan tambah nilai minimum adalah RM100.00. Klik di sini untuk mengetahui cara bagaimana untuk tambah nilai akaun anda.


Langkah 6 :

Apabila anda sudah membuat tambah nilai di akaun anda, anda sudah boleh membeli produk.


Langkah 7 :

Masukkan butiran pelanggan anda iaitu, nama, alamat, nombor telefon dan lain-lain dan kami akan menghantar barangan kepada pelanggan anda. Pemprosesan mengambil masa sehingga 24 jam dan penghantaran dari Pos Laju mungkin mengambil masa sehingga 3 hari.