Polisi Pemulangan Produk
Pulangan Produk
Peniaga dibenarkan membuat pemulangan produk dalam masa 14 hari dari tarikh penghantaran disebabkan hal-hal berikut:
a) Kecacatan pengilang.
b) item yang dihantar adalah salah.
Syarat - syarat
(a) Peniaga perlu menghantar produk kembali ke Kumoten, produk tersebut hendaklah didalam bungkusan asal, dan dihantar di alamat seperti berikut:
OGN Online Sdn Bhd (Kumoten)
9-3 Jalan Puteri 2/2
Bandar Puteri,
Puchong, 47100 Selangor
(b) Peniaga boleh membuat pilihan sama ada untuk mendapatkan bayaran balik bagi jumlah item yang telah dibayar seperti yang dinyatakan didalam pesanan jualan, atau penggantian produk (SKU yang sama). Walau bagaimanapun, sekiranya item tersebut telah kehabisan stok, Kumoten akan membuat pembayaran balik kepada peniaga.
(c)Proses pemulangan produk biasanya mengambil masa selama 7-14 hari bekerja. Kumoten akan cuba yang terbaik untuk mempercepatkan lagi masa proses yang diambil.
(d) Kumoten tidak akan berhubung dengan pengguna akhir. Kami memerlukan perniaga untuk menguruskan pelanggan mereka termasuk dengan proses pemulangan produk.
(e) Kos penghantaran untuk menghantar kembali item tersebut hendaklah ditanggung oleh perniaga. Kumoten akan menanggung kos penghantaran item tersebut kembali kepada pengguna akhir jika permintaan perniaga adalah untuk penggantian.
Penggantian atau membayar balik tidak akan diguna pakai jika situasi seperti berikut:
a) Hilang pembungkusan asal
b) Mana-mana item yang telah dipakai, atau diubah.
c) Barang-barang terpakai (untuk kosmetik dan barang-barang peribadi lain)